Tuesday 17 December 2013

2014 : Konsep + Produk Baru

Salam,

Terima kasih atas sokongan pelanggan dan pengunjung blog Double Z Trading sepanjang dua bulan kami beroperasi pada 2013. Tahun 2014 bakal tiba. Kami dijangka akan muncul pada 2014 dengan beberapa produk baru dan semestinya HOT beserta dengan konsep blog yang baru. Nantikan kemuculan kami.

Selamat melangkah ke tahun 2014.
Semoga ia akan menjadi tahun yang terbaik dari tahun sebelumnya.

Terima kasih,
Double Z Trading

Tuesday 3 December 2013

Resepi Cheezy Wedges DIY

Berapa harga cheezy wedges di restoran makanan segera? Kenapa perlu pergi ke restorang makanan segera dan bayar RM4.50 untuk 5-6 ketul wedges dan cheezy sos yang tak berapa nak banyak? Dah tu kalau nak extra cheese sos tu kena tambah RM1.50 lagi. Tu kalau sorang makan dan tak masuk tax lagi. Kalo anak anak semua pun nak makan cheezy wedges?? So why not we try do it ourself :


Bahan-bahan untuk membuat Potato Wedges:

1/2 Cawan Tepung Magik dan 5 Biji kentang Holland sahaja.
Kentang Holland
Kalau malas nak potong kentang, beli je potato wedges frozen kat supermarket. Crispy ada, spicy ada. Cuma kalau pakai Tepung Magik ni, rasa dan kerangupan dia tu memang lain la. Kena try baru tau.


Cara menyediakan kentang wedges:

Belah kentang mengikut potongan wedges & basuh sehingga bersih. Nak buang kulit boleh, tak buang pun tak pe sebab nak rebus dulu kentang tu.
Rebus kentang sehingga betul-betul empuk
Gaulkan kentang tadi dengan Tepung Magik. Tak perlu campur air. Cuma kena hati-hati sikit la sebab kentang tu dah empuk. Takut patah nanti dah tak cantik. Biarkan selama 30 minit supaya ramuannya meresap ke dalam wedges.
Panas minyak, apabila minyak sudah panas kecilkan api dan masukkan wedges tersebut. Bila dah kekuningan, boleh angkat.

Bahan untuk cheezy sauce plak:






1 ni je bahannye. Cheezy sauce powder yang dijamin halal.

Cara sediakan Cheezy Sauce :
Campurkan Cheezy Sauce Powder ni dengan air panas sedikit demi sedikit dan kacau. Kalau rasa nak pekat kurangkan air. Kalau suka yang cair-cair je, lebihkan air. 1 pek ni boleh bancuh banyak kali depend on kuantiti yang tuan puan nak buat. So, try buat sikit dulu untuk bajet.

So, dah siap la cheezy wedges tuan/puan....

Resepi Cheezy Wedges


Senang, ringkas, cepat dan pasti jimat. Boleh buat untuk makan di rumah, pergi berkelah ke, pot luck kat opis pun ok.

Terima kasih dan selamat menjamu selera... : )

 

Wednesday 27 November 2013

FAQ : Tepung Magik






1.     Apa yang Magiknya?

•    Kerangupan tepung magik mampu bertahan sehingga 6 hingga 8 jam selepas proses menggoreng.
•   Kanak-kanak menjadi gemar makan sayur kerana sayur yang digoreng dengan menggunakan tepung         magik sangat lazat dan menarik perhatian.

2.     Bagaimana nak goreng?
•    Terdapat 3 teknik gorengan:

  TEKNIK CELUPAN TELUR (Udang, Cendawan, Ayam dan lain-lain)
•    Penyediaan:-
-Celup udang, ayam atau cendawan ke dalam telur
-Salutkan bahan tersebut dengan Tepung Magik
-Panaskan minyak kepada 175 darjah celcius.
-Goreng hingga masak.
-Angkat, Toskan minyak dan hidang


�    TEKNIK KERING (Cendawan, Ayam, Sotong dan Lain-lain)
•    Penyediaan:-
-Bersihkan sotong, ayam atau cendawan
-Salutkan Bahan tersebut dengan Tepung Magik
-Biarkan sebentar agar tepung meresap ke bahan tersebut.
-Panaskan minyak kepada 175 darjah celcius
-Goreng hingga masak
-Angkat, Toskan minyak dan hidang.


�    ADUNAN BASAH (Udang, Ikan, Bayam, Asparagus dan lain-lain)
•    Penyediaan:-
-Bersihkan udang, ikan, bayam, atau asparagus
-Campurkan 150gram Tepung Magik dengan 200ml air bersih
-Salutkan bahan tersebut ke dalam adunan
-Panaskan minyak kepada 175 darjah celcius.
-Goreng hingga masak
-Angkat, toskan minyak dan hidang.


3.     Apa kandungan Tepung Magik?
•     Tepung Gandum
•     Tepung Beras
•     Tepung Jagung
•     Serbuk Jintan Putih
•     Serbuk Jintan Manis
•     Ketumbar
•     Serbuk Cili
•     Garam


4.     Apa yang boleh digoreng?
•     Ayam
•     Daging
•     Kambing
•     Makanan Laut
•     Sayur-sayuran
•     Buah-buahan



Selamat mencuba dan menjamu selera





Wednesday 20 November 2013

PROMOSI BUKA KEDAI

PROMOSI BUKA KEDAI!!

Set Combo Cheezy Sauce + Mashed Potato + Tepung Magik

TEPUNG MAGIK 540g      
Tepung Magik mendapat gelaran ini disebabkan rasanya SEDAP, RANGUP dan TAHAN LAMA . Ia tidak mudah lemau dan ada yang menyatakan ia tetap rangup dari pagi hingga ke petang.Walau apa pun eloklah kita mencuba sendiri...Yang penting ia sedap dan mudah disediakan. Tidak perlu lagi memikirkan apa ramuan yang perlu dimasukkan ke dalam tepung. Tidak perlu risau berapa banyak air yang perlu diletak kerana penggunaannya  tidak perlukan air.

Tepung Magik juga boleh menjadi PENAWAR bagi anak-anak yg tidak suka pada sayur kerana dgn menggunakan Tepung Magik utk menggoreng sayur. Ianya akan lebih LAZAT & RANGUP.

* Tidak Berminyak
* Tidak Melekat
* Tepung tidak digunakan dengan Banyak
* Tidak menggunakan minyak yang banyak
* Cendawan Goreng tidak cepat lembik(soggy)
* Rasa macam kulit ayam KFC


Sesuai digunakan utk menggoreng kentang, ayam, ikan,sotong, cendawan dan tepung ini boleh dimasukkan ke dalam telur. Tepung Magik ini juga boleh didapati dalam versi HOT & SPICY

Harga : RM 10.00



CHEEZY SAUCE  200g

Keju Jalapeno dalam bentuk serbuk/tepung yang HALAL, rasanya enak sesuai untuk pelbagai cicahan, salad dressing, dan ditambah dalam masakan. Tekstur & rasanye sama sepert KFC cheese sauce yg diletak kat KFC Cheesy Wedges. Sekarang boleh buat sendiri KFC cheesy wedges di rumah guna Tepung Magik & Cheese Powder ni. Goreng kentang guna Tepung Magik, dan makan bersama Cheezy Sauce ni. Nak lagi mudah, beli saja frozen potato wedges di kedai dan goreng mengikut citarasa sendiri. Pasti lebih JIMAT dan terpulang pada cita rasa masing masing untuk menentukan tahap kepekatan Cheezy Sauce ini.
Harga : RM 12.00 



MASHED POTATO WITH CHIKEN GRAVY 250g


-Dibuat menggunakan kentang asli bagi mewujudkan rasa yang lemak dan berkrim.
-Sentiasa mengekalkan rasa dan kualiti.
-Mudah dan senang untuk disediakan.terutama untuk anda yang sibuk dan tiada masa di dapur.
-Hanya sepeket untuk seisi keluarga
-Lazat untuk dimakan bila-bila masa sahaja.
-Pasti dapat melengkapkan resepi chicken / lamb chop anda di rumah dengan mudah
-Rasa yang boleh menggantikan kentang sebenar
                                 -97% fat free

                                  
                                         Harga : RM 12.00
 

Promosi 3 item dalam 1 harga, RM32 sahaja. 
Boleh juga dibeli berasingan.


Dapatkan segera sementara stok masih ada. Boleh COD (tertakluk kepada kawasan tertentu) atau penghantaran secara pos.

*harga jualan tidak termasuk kos penghantaran.