Tuesday 17 December 2013

2014 : Konsep + Produk Baru

Salam,

Terima kasih atas sokongan pelanggan dan pengunjung blog Double Z Trading sepanjang dua bulan kami beroperasi pada 2013. Tahun 2014 bakal tiba. Kami dijangka akan muncul pada 2014 dengan beberapa produk baru dan semestinya HOT beserta dengan konsep blog yang baru. Nantikan kemuculan kami.

Selamat melangkah ke tahun 2014.
Semoga ia akan menjadi tahun yang terbaik dari tahun sebelumnya.

Terima kasih,
Double Z Trading

Tuesday 3 December 2013

Resepi Cheezy Wedges DIY

Berapa harga cheezy wedges di restoran makanan segera? Kenapa perlu pergi ke restorang makanan segera dan bayar RM4.50 untuk 5-6 ketul wedges dan cheezy sos yang tak berapa nak banyak? Dah tu kalau nak extra cheese sos tu kena tambah RM1.50 lagi. Tu kalau sorang makan dan tak masuk tax lagi. Kalo anak anak semua pun nak makan cheezy wedges?? So why not we try do it ourself :


Bahan-bahan untuk membuat Potato Wedges:

1/2 Cawan Tepung Magik dan 5 Biji kentang Holland sahaja.
Kentang Holland
Kalau malas nak potong kentang, beli je potato wedges frozen kat supermarket. Crispy ada, spicy ada. Cuma kalau pakai Tepung Magik ni, rasa dan kerangupan dia tu memang lain la. Kena try baru tau.


Cara menyediakan kentang wedges:

Belah kentang mengikut potongan wedges & basuh sehingga bersih. Nak buang kulit boleh, tak buang pun tak pe sebab nak rebus dulu kentang tu.
Rebus kentang sehingga betul-betul empuk
Gaulkan kentang tadi dengan Tepung Magik. Tak perlu campur air. Cuma kena hati-hati sikit la sebab kentang tu dah empuk. Takut patah nanti dah tak cantik. Biarkan selama 30 minit supaya ramuannya meresap ke dalam wedges.
Panas minyak, apabila minyak sudah panas kecilkan api dan masukkan wedges tersebut. Bila dah kekuningan, boleh angkat.

Bahan untuk cheezy sauce plak:






1 ni je bahannye. Cheezy sauce powder yang dijamin halal.

Cara sediakan Cheezy Sauce :
Campurkan Cheezy Sauce Powder ni dengan air panas sedikit demi sedikit dan kacau. Kalau rasa nak pekat kurangkan air. Kalau suka yang cair-cair je, lebihkan air. 1 pek ni boleh bancuh banyak kali depend on kuantiti yang tuan puan nak buat. So, try buat sikit dulu untuk bajet.

So, dah siap la cheezy wedges tuan/puan....

Resepi Cheezy Wedges


Senang, ringkas, cepat dan pasti jimat. Boleh buat untuk makan di rumah, pergi berkelah ke, pot luck kat opis pun ok.

Terima kasih dan selamat menjamu selera... : )